Letak geografi Kepulauan_Selayar

Kabupaten Kepulauan Selayar merupakan salah satu Kabupaten di antara 24 Kabupaten/Kota di Provinsi Sulawesi Selatan yang letaknya di hujung selatan dan memanjang dari Utara ke Selatan. Daerah ini memiliki kekhususan, yakni satu-satunya Kabupaten di Sulawesi Selatan yang seluruh wilayahnya terpisah dari daratan Sulawesi Selatan dan lebih dari itu wilayah Kabupaten Kepulauan Selayar terdiri dari gugusan beberapa pulau sehingga merupakan wilayah kepulauan.

Gugusan pulau-pulau yang berjumlah 123 buah baik pulau-pulau besar mahupun pulau-pulau kecil yang membentang dari Utara ke Selatan. Luas wilayah Kabupaten Selayar tercatat 1,188.28 km persegi, wilayah daratan (5.23%) dan 21,138.41 km² (94.68%) wilayah lautan, yang diukur 4 (empat) batu keluar pada saat air surut terhadap pulau-pulau terluar.

Secara geografi, Kabupaten Kepulauan Selayar berada pada koordinat (letak astronomi) 5°42' - 7°35' Lintang Selatan dan 120°15' - 122°30' bujur timur yang berbatasan dengan:

Berdasarkan letak, Kepulauan Selayar merupakan kepulauan yang terletak di antara jalur alternatif perdagangan antarabangsa, yang menjadikan Selayar secara geografi sangat strategik sebagai pusat perdagangan dan pengedaran baik secara nasional untuk melayani Kawasan Timur Indonesia mahupun pada skala antarabangsa melayani negara-negara di kawasan Asia.

Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat [[{{{1}}}]].